Searching...

Popular Posts

Tuesday, April 12, 2011

SINOPSIS IBNU SINA DAN BUKU AL-QANUN FI AL-TIBB

Tuesday, April 12, 2011

Tokoh Perubatan Ibnu Sina Dan Buku Al-Qanun Fi Al-Tibb

NAMA Ibnu Sina sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat negara ini. Banyak pihak yang telah mengekploitasi nama Ibnu Sina untuk berbagai-bagai tujuan,termasuk mempromosi barangan keluaran mereka, khususnya barangan perubatan semata-mata untuk melariskan jualan. Tetapi tahukah anda siapakah sebenarnya Ibnu Sina dan apakah sumbangan beliau terhadap peradaban dunia masa kini?

Jesteru, sebelum kita melihat dan mengkaji teori dan kaedah perubatan Ibnu Sina secara satu persatu sebagaimana dijelaskan oleh beliau dalam kitab Al-Qanun Fi Al-Tibb (Peraturan Dalam Perubatan), eloklah jika kita melihat terlebih dahulu sinopsis sejarah hidup Ibnu Sina dan kitab al-Qanun Fi al-tibb.

Nama penuh Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Husain bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali bin Sina.Ibnu sina dilahirkan pada tahun 370 H (980 M) di kampung yang bernama Afsyinah berhampiran Bukhara, kini di Uzbekistan (iaitu tempat kelahiran Imam al-Bukhari).

Sejak kecil lagi Ibnu Sina memang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai ingatan yang sangat kuat dan menakjubkan.Belum pun sampai umurnya sepuluh tahun beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran dan kebanyakan daripada sastera Arab.Ibnu sina mempelajari berbagai-bagai ilmu yang ada pada zaman nya termasuk ilmu falsafah, matematik, mantiq (logik) dan kejuruteraan serta ilmu perubatan. Selain terkenal dalam ilmu perubatan, Ibnu Sina juga adalah antara enam orang ahli falsafah islam yang terkenal.

Ketika berumur enam belas tahun, Ibnu Sina dikatakan telah pun mahir dalam ilmu perubatan seterusnya mula melawat pesakit sehinggalah namanya menjadi mahyhur. paling menakjubkan, Ibnu sina mempelajari ilmu perubatan dengan hanya membaca buku tanpa dibimbing oleh mana-mana guru. Bagaimanapun, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ibnu Sina sendiri berkata :

“Ilmu perubatan bukanlah sesuatu ilmu yang susah. oleh itu, tidak salah jika aku menonjol dalam ilmu perubatan dalam jangka waktu yang singkat sahaja sehingga para doktor yang terkemuka pun datang kepadaku untuk mempelajari ilmu tersebut. “Setelah aku mula merawat pesakit, terbuka kepadaku pintu-pintu perawatan yang diperoleh daripada pengalaman yang tidak dapat digambarkan”.

Selain terlibat dalam bidang perubatan Ibnu Sina juga aktif dalam bidang politik. Setelah berjaya mengubati penyakit sembelit yang dihadapi oleh Amir Hamdan, iaitu Syamsud Daulah, beliau telah dilantik sebagai menteri. setelah Syamsud Daulah meninggal dunia (lebih kurang enam tahun selepas itu) dan digantikan oleh anaknya, Ibnu Sina telah dipenjarakan kerana beliau menolak tawaran menjadi Perdana Menteri.

2 comments:

AYIE ABAS said...

Di dalam masyarakat muslim memang mempunyai tokoh2 yang luar biasa sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu. Walau sudah ratusan tahun sumbangan dan kajian mereka tetap relevan.

Anonymous said...

nk copy..:-)